Sunday, December 20, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T keatas kepanjangan umur yang diberi olehNya kepada saya dan segala rezeki limpah kurniaNya. Setiap tahun berlalu memberi pelbagai pengalaman dan pengajaran kepada kita, mudah-mudahan esok lebih baik dari hari ini dan tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Selamat tahun baru hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog saya, diharap ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.


Sekian

Izkhair Muhammad

Tuesday, December 15, 2009

Tauhid Arrububiah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Tauhid Arububiah bermaksud memberi tumpuan kepada ketuanan mutlak Allah S.W.T terhadap seluruh alam. Hal ini sama ertinya dengan pengakuan manusia iaitu " Saya yakin bahawa Allah taal mencipta seluruh alam ini, daripada atom yang paling kecil sehingga matahari yang paling besar. Dia menyediakan sistem bagi alam ini, mentadbir menjaga sehingga semuanya berjalan dan terjadi mengikut sistem tersebut yang dikenali sebagai "Sunnatullah".

Firman Allah:

"Dialah (Allah) yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan, dan diturunkan air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu."
(Surah Al-Baqarah 2:22)

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung ditempat edarannya masing-masing."
(Surah Yassin 36:40)

"Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan kamu) segala yang ada dilangit dan dibumi, sebagai rahmat pemberian daripadaNya, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti."
(Surah AL-Jasiah 45: 12-13)

"Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata : Allah jualah yang menguasai segala-galanya."
(Surah Yunus 10:31)

Keyakinan yang diungkapkan diatas dapat memberi pengertian tentang maksud tauhid Arrububiah seperti yang dirumuskan oleh doktor Abdul Aziz Al-Sulaiman dan Syaikh Abu Bakar Jabar Al-jaza'ari.

Doktor Abdul Aziz Al-sulaiman menjelaskan pengertian tauhid Arrububiah :

"Sesuatu keyakinan kukuh bagi seorang hamba bahawa Allah, tuhan yang maha esa dalam mencipta apa sahaja, memberi rezeki dan mentadbir alam jagat ini. Dialah (ALLAH) Maha pengatur segala makhluk dengan segala nikmat dan tuhan yang menganugerahi makhluk-makhlukNya daripada kalangan para Anbia dan pengikutnya dengan akidah yang benar, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat dan amal soleh."

Al-Syaikh Abu Bakar Jabar Al-Jaza'ari memberi pengertian:

"Menafikan dan menolak sebarang sekutu bagi Allah dalam sifat Arrububiah yang mutlak, mencipta, memberi rezeki, memgang kuasa pemerintahan, mentadbir, mematikan dan menghidupkan, memberi dan menarik semula nikmat, mendatangkan bahaya dan manfaat, memulia dan menghina."

Tauhid Arrububiah dikenal juga dengan istilah tauhid Al-Qauli Al-I'tiQadi oleh sesetengah ulama ilmu tauhid kerana ia melibatkan pengakuan dengan hati dan lisan akan kewujudan Allah S.W.T yang Maha Esa, memuji-muji atas kurniaan yang tidak terhingga kepada makhkuk-makhlukNya.

Thursday, December 10, 2009

Bedosa Besar Memakan Harta Anak Yatim

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Anak yatim adalah mereka yang tidak mempunyai ibu bapa dan saudara mara yang boleh menguruskan keperluan hidupnya. Oleh itu, Allah S.W.T memerinthkan umat Islam supaya bertanggungjawab terhadap anak yatim dan segala harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Bagi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka, Allah S.W.T melarang manusia makan atau menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri atau sebagainya.

Firman Allah :

"Sesungguhnya orang yang memakan harat anak yatim secara zalim ialah menelan api kedalam perutnya, Mereka akan dibakar dengan api yang bernyala-nyala."
(Surah An-Nisa' : Ayat 10)

Segala harta anak yatim hendaklah dijaga dengan sempurna serta digunakan untuk keperluannya. Apabila mereka sudah dewasa dan berupaya mengurus hartanya sendiri, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya.

Beberapa kewajipan Umat Islam terhadap anak yatim iaitu menjaga keselamatan dirinya, menyayanginya seperti anak sendiri, memberi pendidikan dan pengajaran yang sempurna kepada mereka, memberi layanan yang baik terhadapnya dan menjaga segala keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya.

Antara tujuan Islam menyuruh umatnya mengambil berat terhadap anak-anak yatim ialah mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai tempat bergantung, untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan harmoni dan untuk menjag maruah Islam dan umat Islam yang mengutamakan sikap tolong menolong antara sesama manusia.

Oleh itu, hendaklah kita sebagai umat Islam agar menjaga anak-anak yatim ini, janganlah kita memakan harta mereka dan juga janganlah kita mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan sedangkan kita yang diwajibkan untuk menjaga mereka dan melayani mereka seadil-adilnya. Sesungguhnya Allah akan membalas mereka dengan ganjaran Syurga bagi menolong anak-anak yatim.