Showing posts with label Dakwah dijalan Allah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah dijalan Allah. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

Bedosa Besar Memakan Harta Anak Yatim

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Anak yatim adalah mereka yang tidak mempunyai ibu bapa dan saudara mara yang boleh menguruskan keperluan hidupnya. Oleh itu, Allah S.W.T memerinthkan umat Islam supaya bertanggungjawab terhadap anak yatim dan segala harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Bagi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka, Allah S.W.T melarang manusia makan atau menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri atau sebagainya.

Firman Allah :

"Sesungguhnya orang yang memakan harat anak yatim secara zalim ialah menelan api kedalam perutnya, Mereka akan dibakar dengan api yang bernyala-nyala."
(Surah An-Nisa' : Ayat 10)

Segala harta anak yatim hendaklah dijaga dengan sempurna serta digunakan untuk keperluannya. Apabila mereka sudah dewasa dan berupaya mengurus hartanya sendiri, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya.

Beberapa kewajipan Umat Islam terhadap anak yatim iaitu menjaga keselamatan dirinya, menyayanginya seperti anak sendiri, memberi pendidikan dan pengajaran yang sempurna kepada mereka, memberi layanan yang baik terhadapnya dan menjaga segala keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya.

Antara tujuan Islam menyuruh umatnya mengambil berat terhadap anak-anak yatim ialah mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai tempat bergantung, untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan harmoni dan untuk menjag maruah Islam dan umat Islam yang mengutamakan sikap tolong menolong antara sesama manusia.

Oleh itu, hendaklah kita sebagai umat Islam agar menjaga anak-anak yatim ini, janganlah kita memakan harta mereka dan juga janganlah kita mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan sedangkan kita yang diwajibkan untuk menjaga mereka dan melayani mereka seadil-adilnya. Sesungguhnya Allah akan membalas mereka dengan ganjaran Syurga bagi menolong anak-anak yatim.

Jihad Pada Jalan Allah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Jihad merupakan suatu perjuangan dan pengorbanan sama harta, jiwa, tenaga atau pun masa digunakan pada jalan Allah S.W.T untuk kebaikan ummah.

Jihad memerlukan disiplin yang baik dan berkesan kerana disiplin tersebut adalah penentu kejayaan sesuatu perjuangan. Tanpa disiplin yang baik, adalah sukar untuk memperoleh matlamat yang dicita-citakan. Rasulullah S.A.WM mengambil berat disiplin tentera-tenteranya dalam setiap perjuangan. Baginda melatih sahabat-sahabatnya supaya berdisiplin semasa berdakwah. Hal ini penting untuk mencapai keberkesanan dalam berdakwah.

Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap pejuang Islam iaitu beriman kepada Allah S.W.T, patuh pada segala arahan ketua, tidak bertengkar sesama sendiri kerana ia boleh melemahkan pasukan, sabar menghadapi segala kesusahan semasa berjuang, berjuang dengan ikhlas kerana Allah taala, tidak membocorkan rahsia atau strategi pasukan kepad pihak musuh dan mempunyai semangat berani dan tidak gentar berhadapan dengan pihak musuh.

Firman Allah:

"...Taatilah Allah dan RasulNya dan ketua di antara kamu..."
(Surah An-Nisa' : Ayat 59)

Mereka yang berjihad pada jalan Allah akan dikurniaka dengan beberapa kelebihan. Antara kelebihan-kelebihan tersebut termasuklah mendapat nikmat yang tidak terhingga di syurga sekiranya gugur syahid di medan perjuangan, diampunkan segala dosa yang telah lalu di samping ditambahkan keimananya yang teguh kepada Allah, memperoleh ketenangan jiwa dan perasaan serta merasai kebahagiaan sejati, memperoleh kejayaan hidup didunia dan di akhirat dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Saturday, December 5, 2009

Mukjizat Al-Quran

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi panduan kepada umat manusia demi mencapai kebahagiaan hidup yang sejati didunia dan diakhirat kelak. Al-Quran juga merupakan kitab Allah yang terakhir yang isi kandungannya akan kekal hingga kiamat.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran dan Kami akan memliharanya dengan sebaik-baiknya."
(Surah Al-Hijr: Ayat 9)

Al-Quran diturunkan ketika masyarakat arab jahiliah berada didalam kegelapan. Turunnya Al-Quran telah mengubah keadaan tersebut kepada keperibadian yang mulia dan hidup yang bertamadun.Sebagai Mukjizat kepada Rasulullah S.A.W, Al-Quran diturunkan dengan beberapa tujuan seperti untuk membimbing manusia kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T, Untuk mewujudkan keharmonian dan keamanan di kalangan manusia, supaya manusia menjalani kehidupan yang lebih tersususn melalui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan supaya manusia hidup bertamadun dengan adanya berbagai-bagai ilmu pengetahuan dalam Al-Quran.

Isi kandungan Al-Quran lengkap dengan pelbagai aspek kehidupan manusia :
  1. Perkara yang berkaitan dengan ibadat, iaitu solat, puasa, zakat dan haji.
  2. Perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu Sains, matematik, geografi, perubatan, fizik dan lain-lain.
  3. Perkara yang berkaitan dengan undang-undang untuk keamanan hidup manusia seperti hukum hudud, kekeluargaan, perkahwinan, harta pusaka, muamalat (Perniagaan secara Islam) dan lain-lain yang meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.
  4. Cerita sejarah yang berlaku pada zaman dahulu atau kisah-kisah nabi yang boleh jadikan pengajaran kepada umat manusia.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran merupakan mukjizat seperti Al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Seterusnya Isi kandungan Al-Quran merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. Selain itu, Susunan bahasa Al-Quran sungguh indah dan tidak dapat ditiru sehingga kini, manakala ayat-ayat Al-Quran tidak jemu untuk dibaca dan didengar.Semakin lama ayat Al-Quran dibaca dan didengar, semakin lazat sehingga menusuk kalbu. Bukti lain ialah, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W adalah seorang Ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh sebab itu, adalah mustahil manusia biasa seperti itu dapat mencipta sebuah kitab yang lengkap seperti Al-Quran.

Maka, bacalah Al-Quran pada setiap masa dan ketika, hayati maksud-maksudnya yang mempunyai satu ribu makna tersirat. Sesungguhnya sesiapa yang membacanya, Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala untuk satu huruf ayat AL-Quran yang dibacanya.Manakala sesiapa yang membcanya dirumah, rumahnya akan diterangi cahaya dan dilindungi daripada gangguan Iblis dan Syaitan. Sesungguhnya Al-Quran adalah senjata umat Islam dan wajib bagi setiap umat Islam untuk memahaminya.

Friday, December 4, 2009

Bahaya FreeMason


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Antara logo Freemason

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.

Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.

Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.

Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!

Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.

Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Sumber

Rise Of Islam (Free our Mind)

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

Galakan Berdakwah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Dakwah ialah menyeru seseorang untuk melakukan kebaikan dan menegahnya daripada melakukan kemungkaran.Nabi Muhammad S.A.W menjalankan tugas berdakwah mengikut arahan dan panduan serta asas-asas yang disampaikan oleh Allah S.W.T

Orang yang keras hatinya boleh dilembutkan sekiranya sesuai dengan cara dan suasananya. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Saidina Umar Al-Khattab r.a yang terlalu keras hatinya, tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan ingin memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat Al-Quran yang telah dibaca oleh adiknya.

Melalui dakwah yang disampaikan ole Rasulullah S.A.W akhlak masyarakat Jahiliah yang dahulunya ganas telah menjadi mulia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah menyembah berbagai-bagai kepercayaan dan menganut pelbagai agama. Keadaan ini telah berubah dan mereka menyembah Allah yang Esa melalui dakwah Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T :

"Serulah manusia pada jalan Allah dengan bijaksana dan memberi pengajaran baik serta berbahas dengan mereka dengan cara baik..."
(AN-Nahl : Ayat 125)

Berdakwah adalah kewajipan setiap umat Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah perlu dilakukan dalam masyarakat Islam dengan berbagai tujuan seperti untuk meningkatkan syiar Islam, Supaya masyarakat Islam mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidpuan mereka dan untuk menarik orang bukan Islam menganut agama Islam.

Terdapat berbagi cara berdakwah yang boleh dilakukan dalam masyarakat, contohnya memberi ceramah ditempat awam seperti di dewan orang ramai, menerusi Internet sperti blog, web dan sebagainya, mengadakan sesi pengajaran agama di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, menunjukkan keperibadian yang mulia dan sebagainya.