Sunday, December 20, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T keatas kepanjangan umur yang diberi olehNya kepada saya dan segala rezeki limpah kurniaNya. Setiap tahun berlalu memberi pelbagai pengalaman dan pengajaran kepada kita, mudah-mudahan esok lebih baik dari hari ini dan tahun baru ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Selamat tahun baru hijrah kepada semua muslimin dan muslimat yang mengunjungi blog saya, diharap ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama-sama untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.


Sekian

Izkhair Muhammad

Tuesday, December 15, 2009

Tauhid Arrububiah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Tauhid Arububiah bermaksud memberi tumpuan kepada ketuanan mutlak Allah S.W.T terhadap seluruh alam. Hal ini sama ertinya dengan pengakuan manusia iaitu " Saya yakin bahawa Allah taal mencipta seluruh alam ini, daripada atom yang paling kecil sehingga matahari yang paling besar. Dia menyediakan sistem bagi alam ini, mentadbir menjaga sehingga semuanya berjalan dan terjadi mengikut sistem tersebut yang dikenali sebagai "Sunnatullah".

Firman Allah:

"Dialah (Allah) yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai hamparan, dan langit sebagai bangunan, dan diturunkan air hujan dari langit, lalu dikeluarkannya dengan air itu berbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu."
(Surah Al-Baqarah 2:22)

"(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang, kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung ditempat edarannya masing-masing."
(Surah Yassin 36:40)

"Allah yang memudahkan laut bagi kegunaan kamu, supaya kapal-kapal belayar padanya dengan perintahNya, dan supaya kamu mencari rezeki dari limpah kurniaNya, dan juga supaya kamu bersyukur. Dan Dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan kamu) segala yang ada dilangit dan dibumi, sebagai rahmat pemberian daripadaNya, sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan teliti."
(Surah AL-Jasiah 45: 12-13)

"Maka mereka tetap akan menjawab dengan berkata : Allah jualah yang menguasai segala-galanya."
(Surah Yunus 10:31)

Keyakinan yang diungkapkan diatas dapat memberi pengertian tentang maksud tauhid Arrububiah seperti yang dirumuskan oleh doktor Abdul Aziz Al-Sulaiman dan Syaikh Abu Bakar Jabar Al-jaza'ari.

Doktor Abdul Aziz Al-sulaiman menjelaskan pengertian tauhid Arrububiah :

"Sesuatu keyakinan kukuh bagi seorang hamba bahawa Allah, tuhan yang maha esa dalam mencipta apa sahaja, memberi rezeki dan mentadbir alam jagat ini. Dialah (ALLAH) Maha pengatur segala makhluk dengan segala nikmat dan tuhan yang menganugerahi makhluk-makhlukNya daripada kalangan para Anbia dan pengikutnya dengan akidah yang benar, akhlak yang mulia, ilmu yang bermanfaat dan amal soleh."

Al-Syaikh Abu Bakar Jabar Al-Jaza'ari memberi pengertian:

"Menafikan dan menolak sebarang sekutu bagi Allah dalam sifat Arrububiah yang mutlak, mencipta, memberi rezeki, memgang kuasa pemerintahan, mentadbir, mematikan dan menghidupkan, memberi dan menarik semula nikmat, mendatangkan bahaya dan manfaat, memulia dan menghina."

Tauhid Arrububiah dikenal juga dengan istilah tauhid Al-Qauli Al-I'tiQadi oleh sesetengah ulama ilmu tauhid kerana ia melibatkan pengakuan dengan hati dan lisan akan kewujudan Allah S.W.T yang Maha Esa, memuji-muji atas kurniaan yang tidak terhingga kepada makhkuk-makhlukNya.

Thursday, December 10, 2009

Bedosa Besar Memakan Harta Anak Yatim

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Anak yatim adalah mereka yang tidak mempunyai ibu bapa dan saudara mara yang boleh menguruskan keperluan hidupnya. Oleh itu, Allah S.W.T memerinthkan umat Islam supaya bertanggungjawab terhadap anak yatim dan segala harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya.

Bagi menjaga keselamatan dan kebajikan mereka, Allah S.W.T melarang manusia makan atau menggunakan harta anak yatim untuk kepentingan diri sendiri atau sebagainya.

Firman Allah :

"Sesungguhnya orang yang memakan harat anak yatim secara zalim ialah menelan api kedalam perutnya, Mereka akan dibakar dengan api yang bernyala-nyala."
(Surah An-Nisa' : Ayat 10)

Segala harta anak yatim hendaklah dijaga dengan sempurna serta digunakan untuk keperluannya. Apabila mereka sudah dewasa dan berupaya mengurus hartanya sendiri, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepadanya.

Beberapa kewajipan Umat Islam terhadap anak yatim iaitu menjaga keselamatan dirinya, menyayanginya seperti anak sendiri, memberi pendidikan dan pengajaran yang sempurna kepada mereka, memberi layanan yang baik terhadapnya dan menjaga segala keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan sebagainya.

Antara tujuan Islam menyuruh umatnya mengambil berat terhadap anak-anak yatim ialah mereka merupakan golongan yang tidak mempunyai tempat bergantung, untuk melahirkan masyarakat yang penyayang dan harmoni dan untuk menjag maruah Islam dan umat Islam yang mengutamakan sikap tolong menolong antara sesama manusia.

Oleh itu, hendaklah kita sebagai umat Islam agar menjaga anak-anak yatim ini, janganlah kita memakan harta mereka dan juga janganlah kita mempergunakan mereka untuk mendapatkan keuntungan sedangkan kita yang diwajibkan untuk menjaga mereka dan melayani mereka seadil-adilnya. Sesungguhnya Allah akan membalas mereka dengan ganjaran Syurga bagi menolong anak-anak yatim.

Jihad Pada Jalan Allah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Jihad merupakan suatu perjuangan dan pengorbanan sama harta, jiwa, tenaga atau pun masa digunakan pada jalan Allah S.W.T untuk kebaikan ummah.

Jihad memerlukan disiplin yang baik dan berkesan kerana disiplin tersebut adalah penentu kejayaan sesuatu perjuangan. Tanpa disiplin yang baik, adalah sukar untuk memperoleh matlamat yang dicita-citakan. Rasulullah S.A.WM mengambil berat disiplin tentera-tenteranya dalam setiap perjuangan. Baginda melatih sahabat-sahabatnya supaya berdisiplin semasa berdakwah. Hal ini penting untuk mencapai keberkesanan dalam berdakwah.

Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap pejuang Islam iaitu beriman kepada Allah S.W.T, patuh pada segala arahan ketua, tidak bertengkar sesama sendiri kerana ia boleh melemahkan pasukan, sabar menghadapi segala kesusahan semasa berjuang, berjuang dengan ikhlas kerana Allah taala, tidak membocorkan rahsia atau strategi pasukan kepad pihak musuh dan mempunyai semangat berani dan tidak gentar berhadapan dengan pihak musuh.

Firman Allah:

"...Taatilah Allah dan RasulNya dan ketua di antara kamu..."
(Surah An-Nisa' : Ayat 59)

Mereka yang berjihad pada jalan Allah akan dikurniaka dengan beberapa kelebihan. Antara kelebihan-kelebihan tersebut termasuklah mendapat nikmat yang tidak terhingga di syurga sekiranya gugur syahid di medan perjuangan, diampunkan segala dosa yang telah lalu di samping ditambahkan keimananya yang teguh kepada Allah, memperoleh ketenangan jiwa dan perasaan serta merasai kebahagiaan sejati, memperoleh kejayaan hidup didunia dan di akhirat dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

Sunday, December 6, 2009

Ibadat Zahir : Pekerjaan Anggota Badan

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Pekerjaan anggota badan ialah apa sahaja pekerjaa yang melibatkan lisan, pendengaran, penglihatan dan perlakuan, sehingga tidak mungkin dsenaraikan semuanya. Namun begitu ada bebrapa pekerjaan anggota badan dapat memenuhi agenda penghayatan Tauhid Al-uluhiyat.

Pertama, ibadat khusus yang melibatkan anggota badan seperti solat, puasa, zakat dan haji, juga ibadat umum seperti belajar, mengajar, bekerja, berniaga, dan bertania yang diizinkan oleh syarak serta dilakukan dengan cara yang halal dengan tujuan yang baik.

Firman Allah :

"Dan katakanlah (Muhammad) beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan) maka Allah dan rasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa kamu kerjakan."
(Surah Al-Taubah 9:105)

"Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha untuk memperbaiki amalannya."
(Surah Al-Taubah 9:120)

Kedua Infaq, iaitu sedekah, hadiah, menguruskan dan menggunakan harta untuk tujuan yang baik seperti mengurus harta kekayaan negara, harta peribadi dan keluarga berpandukan lunas-lunas Islam, memberikan hak kepada yang berhak dan wajar menerimanya.Semuanya itu dilakukan dengan niat keran Allah atas landas Fisabilillah.

Firman Allah :

"Dan belanjakanlah sebahagian daripada rezeki yang Kami brikan kepada kamu sebelum sampai seseorang dari kamu ajal maut kepadanya, (Kalau tidak) maka ia (Pada saat itu) akan merayu dengan katanya wahai tuhanku, alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku kesuatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya dapat aku bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh."
(Surah Al-Munafiqun 63:10)

Ketiga, Mengimarahkan (Mmebangunkan) bumi Allah dan berbagai-bagai institusi berpandukan lunas-lunas Islam sehingga terpancar Syiar Islam dibumi Allah dan kehebatan umatnya yang maju, dihormati dan dicontohi oleh umat yang lain sebagai Ummatul Wusta yang menjadi teras dan pemimpin bagi umat yang lain.

Firman Allah :

"Dialah (Allah) yang menjadikan kamu dari bahan0bahan bumi serta menghendaki kamu memakmurkannya."
(Surah Hud 11:61)

Keempat dakwah dan jihad merupakan dua tanggungjawab umat Islam yang tidak ada titik akhirnya yang merupakan amalan suci dan terpuji sebagai penerus peranan para rasul, suhada', dan salihin bagi menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan, melaksanakan yang makruf dan menentang yang mungkar melakukan amal soleh dan membanteras maksiat.

Firman Allah :

"Dan Berjihadlah dengan harta dan jiwa kamu pada jalan Allah"
(Surah Al-Taubah 9:41)

Kelima, berakhlak mulia yang meliputi akhlak terhadap Allah S.W.T, terhadap rasulNya dan terhadap manusia serta belas kasihan terhadap makhluk Allah yang lain. Akhlak mulia dapat dibentuk dengan mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah.

Firman Allah :

"Dan berbuat baiklah (Kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat yang melimpah-limpah) dan jaganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan."
(Surah Al-Qasas 28:77)

Keenam, Zikir suatu amalan mengingat dan menyebut nama Allah dan sifat-sifatNya serta memuji dan mengagungkanNya dengan rasa khusyuk dan tawaduk supaya diri sentiasa rasa damping kepada Allah dan sentiasa berada dibawah rahmat dan keredhaanNya.

Firman Allah :

"Oleh itu, ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), Supaya Aku (Allah) membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)."
(Surah Al-Baqarah 2:152)

Akhir sekali Doa, iaitu memohon kepada Allah mendapat sesuatu yang diharapkan atau diingini, atau pun menghindar bala bencana dengan penuh keyakinan bahawa Allah yang mempunyai daya dan kekuatan, kemurahan dan kurniaan untuk memenuhinya.

Hadis Rasulullah S.A.W :

"Doa itu otak (teras) ibadat dan doa itu ibadat."
(Riwayat Tarmizi)

Ketika berdoa kita mengakui kelemahan dan kehinaan diri dihadapan Allah S.W.T, dan mengakui kebesarannya, kekayaan dan kemurahnNya.Kita memuji dan menyebut nama-namaNya dan sifat-sifatNya, lalu kita mengharapkan limpah kurniaanNya dengan rasa khusyuk dan tawaduk.

Sumber
Jabatan Agama Islam Johor

Ibadat Batin : Pekerjaan hati dan akal

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mah Pengasihani

Antara pekerjaan hati dan akal bagi memenuhi agenda penghayatan tauhid Al-Uluhiyah ialah iman, kasih dan cintakan Allah S.W.T, takut dan bimbang kemurkaan Allah, menggantungkan harapan hanya kepada Allah S.W.T, bertaubat, berfikir, mengawal nafsu Amarah dan bertawakal.

Pertama, Iman iaitu percaya tentang kewujudan Allah dan kekuasaan Allah S.W.T yang mentadbir seluruh hambanya, juga percaya kepada semua yang diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya hambanya beriman kepada malaikat, kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya, hari akhirat, pembalasan dosa dan pahala, bahagia dan sengsara akhirat dan percaya kepada Qada' dan QadarNya.

Firman Allah :

"Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan rasulNya, dan kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada rasulNya (Muhammad S.A.W), dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu."
(An-Nisa 4:136)

"Oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun didalam ibadatnya kepada tuhannya."
(AL-Khafi 18:110)

"Katakanlah(Muhammad) wahai tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkaulah (Allah) yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekusaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.Sesungguhnya Engkau Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah Al-Imran 3:26)

Keduanya, keinginan dan kemahuan yang baik yang diizinkan oleh syarak. Hati menjadi pencetus keinginan dan kemahuan sehingga menjadi suatu hasrat untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disebut niat. maka keinginan dan kemahuan, hasrat serta niat yang sedemikian dikira sebagai ibadat.

Hadis Rasulullah S.A.W :

"Sesungguhnya setiap amalan itu dikira sah dengan niat..."
(Riwayat Al-Bukhari)

Ketiga, Kasih dan cinta kepada Allah dan kepada orang yang dikasihi Allah daripada kalangan para rasul dan orang yang berjihad menegakkan agama Allah.

Firman Allah :

"Dan orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah"
(Al-Baqarah 2:165)

Rasulullah S.A.W pernah berdoa :

"Ya Allah!, Kurniakanlah kepadaku rezeki dan kasih cinta kepadaMu dan kasih orang yang kasihnya kepadaMu dapat memberikan kebaikan kepadaku disisiMu, Ya Allah!, apa jua yang Engkau kurniakan rezeki kepada aku daripada perkara-perkara yang aku sukai, maka jadkanlah ia kekuatan kepadaku untuk menjalankan perkara-perkara yang Engkau sukai, dan apa jua yang Engkau ambil kembali daripada rezekiMu yang aku sayangi, maka jadikanlah ia kelapangan bagiku untuk melakukan perkara-perkara yang Engkau sukai."

Keempat, takut dan bimbang pada kemurkaan Allah kerana Allah memerintahkan hambanya supaya hanya takut kepadaNya dan tidak kepada selainNya.

Kelima, menggantungkan harapan hanya kepada Allah dengan setulus hati. Manusia memang mempunyai keinginan atau kehendak yang banyak tidak ada manusia yang dapat memenuhi semua harapan dan kehendak secara bersendirian atau melalui orang-orang lain kerana Allah S.W.T yang dapat memenuhinya. Namun perlu disedari syarat-syarat untuk memudahkan harapan dan keinginan dikabulkan oleh Allah taala. Syarat utama itu ialah melakukan amal soleh dan tidak mempersekutukan Allah S.W.T dengan sesuatu pun serta memohon kepadaNya.

Keenam, kembali kepada Allah iaitu bertaubat. Manusia dalam hidupanya sering melalui liku-liku hidup yang berbagai-bagai dan ada kalanya terlanjur atau terkeluar daripada batas-batas hukum syarak. Oleh itu, cara yang sebaik-baiknya untuk memastikan diri berada dalam lingkungan ibadat ialah kembali kepada Allah memohon keampunanNya (Maghfirah) dan bertaubat.

Firman Allah:


"Dan kembalilah kamu kepada tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadanya, sebelum kamu didatangi azab, kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan."
(Surah Az-Zamr 39:54)

Kelapan ialah mengawal nafsu (Nafsu Amarah). Manusia semuanya mempunyai hawa nafsu yang boleh mendorong melakukan perkara munkar.Oleh itu hati dan akal dapat digunakan untuk mengawal nafsu supaya manusia terselamat daripada perbuatan munkar dan maksiat.

Akhir sekali, Tawakal iaitu menyerahkan diri dan segala urusan kepada Allah S.W.T, setelah berusaha kerana percaya kepadaNya. Tawakal dapat memberikan kekuatan dan ketenangan kepada hati dan memberi kesan positif kepada sikap manusia.

Sumber
Jabatan Agama Johor

Saturday, December 5, 2009

Fahami Tujuan Manusia di Jadikan oleh Allah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Allah S.W.T menjadikan manusia dengan tujuan supaya manusia beribadat kepadanya dengan cara sebahagian firman Allah :

"Dan ingatkah Aku(Allah) tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kapadaKu."
(AL-Zariat 51:56)

Maka ibadat sebagai agenda mentauhidkan Allah S.W.T terangkum didalam amal Soleh yang meliputi dua jenis amal iaitu pekerjaan hati dan akal (Ibadat Batin atau dalaman) dan pekerjaan anggota tubuh badan (ibadat zahir atau luaran). perlu difahami bahwa kedua-dua amal ini tidak boleh dipisahkan kerana tidak sempurna amalan tanpa amalan batin tanpa amalan zahir, begitu juga sebaliknya. Insya Allah bab ini akan dibincangkan pada isu akan datang.


Sumber
Jabatan Agama Islam Johor


Pengertian Ibadat dan Ruang Lingkupnya.

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Ibadat secara ringkas bermaksud menghambakan diri dengan penuh taat dan cinta kepada Allah S..W.T mengikut syariat yang diturunkan seperti yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.


Firman Allah :
"Wahai sekalian manusia sembahlah tuhan kamu (Allah)"
(Al-Baqarah 2:21)

"Katakanlah(Wahai Muhammad), Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (Ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani."
(Al-Imran 3:31)

Ruang lingkup ibadat berkaitan dengan urusan hubungan dengan Allah iaitu ibadat khusus, semua amalan berasaskan syariat Islamiah dan Urusan hubungan dengan manusia dan kehidupannya iaitu ibadat umum.

Syarat utama untuk menjadi hamba Allah ialah Mematuhi segala perkara yang disyariatkan oleh Allah S.W.T dan didakwahkan oleh Rasulullah S.A.W sama ada suruhanNya atau laranganNya atau pun perkara yang dihalalkanNya atau diharamkanNya dengan penuh taat dan mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan dan berjihad mempertahankannya.

Syarat utama yang kedua untuk menjadi hamba Allah ialah Rasa cinta kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan dan tidak akan terpedaya kepada selainNya dan sedia berkorban apa sahaja demi kecintaan kepada Allah S.W.T.

Firman Allah :

"Hanya Engkau(Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkau (Allah) kami meminta pertolongan."
(Al-Fatihah : 5)

Syarat utama amalan menjadi ibadat ialah pertamanya amalan yang dikerjakan di akui oleh Islam sesuai dengan hukum syarak. Kedua, Amalan itu dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik. Ketiga, Amalan itu tidak ada campuri oleh perbuatan bertentangan dengan hukum syarak. Keempat, Amalan itu dilakukan dengan cara yang betul dan baik dan Akhir sekali dalam melakukan Amalan duniawi, kewajipan ibadat Khusus tidak diabaikan.

Sumber
Jabatan Agama Islam Johor

Mukjizat Al-Quran

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W untuk menjadi panduan kepada umat manusia demi mencapai kebahagiaan hidup yang sejati didunia dan diakhirat kelak. Al-Quran juga merupakan kitab Allah yang terakhir yang isi kandungannya akan kekal hingga kiamat.

Firman Allah:

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran dan Kami akan memliharanya dengan sebaik-baiknya."
(Surah Al-Hijr: Ayat 9)

Al-Quran diturunkan ketika masyarakat arab jahiliah berada didalam kegelapan. Turunnya Al-Quran telah mengubah keadaan tersebut kepada keperibadian yang mulia dan hidup yang bertamadun.Sebagai Mukjizat kepada Rasulullah S.A.W, Al-Quran diturunkan dengan beberapa tujuan seperti untuk membimbing manusia kepada jalan yang benar dan diredhai oleh Allah S.W.T, Untuk mewujudkan keharmonian dan keamanan di kalangan manusia, supaya manusia menjalani kehidupan yang lebih tersususn melalui peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan supaya manusia hidup bertamadun dengan adanya berbagai-bagai ilmu pengetahuan dalam Al-Quran.

Isi kandungan Al-Quran lengkap dengan pelbagai aspek kehidupan manusia :
  1. Perkara yang berkaitan dengan ibadat, iaitu solat, puasa, zakat dan haji.
  2. Perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan seperti ilmu Sains, matematik, geografi, perubatan, fizik dan lain-lain.
  3. Perkara yang berkaitan dengan undang-undang untuk keamanan hidup manusia seperti hukum hudud, kekeluargaan, perkahwinan, harta pusaka, muamalat (Perniagaan secara Islam) dan lain-lain yang meliputi keseluruhan aspek kehidupan manusia.
  4. Cerita sejarah yang berlaku pada zaman dahulu atau kisah-kisah nabi yang boleh jadikan pengajaran kepada umat manusia.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa Al-Quran merupakan mukjizat seperti Al-Quran diturunkan untuk menjadi petunjuk kepada seluruh umat manusia. Seterusnya Isi kandungan Al-Quran merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kehidupan di dunia dan di akhirat. Selain itu, Susunan bahasa Al-Quran sungguh indah dan tidak dapat ditiru sehingga kini, manakala ayat-ayat Al-Quran tidak jemu untuk dibaca dan didengar.Semakin lama ayat Al-Quran dibaca dan didengar, semakin lazat sehingga menusuk kalbu. Bukti lain ialah, Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W adalah seorang Ummi iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Oleh sebab itu, adalah mustahil manusia biasa seperti itu dapat mencipta sebuah kitab yang lengkap seperti Al-Quran.

Maka, bacalah Al-Quran pada setiap masa dan ketika, hayati maksud-maksudnya yang mempunyai satu ribu makna tersirat. Sesungguhnya sesiapa yang membacanya, Allah S.W.T akan memberi ganjaran pahala untuk satu huruf ayat AL-Quran yang dibacanya.Manakala sesiapa yang membcanya dirumah, rumahnya akan diterangi cahaya dan dilindungi daripada gangguan Iblis dan Syaitan. Sesungguhnya Al-Quran adalah senjata umat Islam dan wajib bagi setiap umat Islam untuk memahaminya.

Friday, December 4, 2009

Bahaya FreeMason


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Antara logo Freemason

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.

Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.

Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.

Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!

Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.

Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Sumber

Rise Of Islam (Free our Mind)

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009_09_01_archive.html

Galakan Berdakwah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Dakwah ialah menyeru seseorang untuk melakukan kebaikan dan menegahnya daripada melakukan kemungkaran.Nabi Muhammad S.A.W menjalankan tugas berdakwah mengikut arahan dan panduan serta asas-asas yang disampaikan oleh Allah S.W.T

Orang yang keras hatinya boleh dilembutkan sekiranya sesuai dengan cara dan suasananya. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Saidina Umar Al-Khattab r.a yang terlalu keras hatinya, tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan ingin memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat Al-Quran yang telah dibaca oleh adiknya.

Melalui dakwah yang disampaikan ole Rasulullah S.A.W akhlak masyarakat Jahiliah yang dahulunya ganas telah menjadi mulia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah menyembah berbagai-bagai kepercayaan dan menganut pelbagai agama. Keadaan ini telah berubah dan mereka menyembah Allah yang Esa melalui dakwah Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T :

"Serulah manusia pada jalan Allah dengan bijaksana dan memberi pengajaran baik serta berbahas dengan mereka dengan cara baik..."
(AN-Nahl : Ayat 125)

Berdakwah adalah kewajipan setiap umat Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah perlu dilakukan dalam masyarakat Islam dengan berbagai tujuan seperti untuk meningkatkan syiar Islam, Supaya masyarakat Islam mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidpuan mereka dan untuk menarik orang bukan Islam menganut agama Islam.

Terdapat berbagi cara berdakwah yang boleh dilakukan dalam masyarakat, contohnya memberi ceramah ditempat awam seperti di dewan orang ramai, menerusi Internet sperti blog, web dan sebagainya, mengadakan sesi pengajaran agama di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, menunjukkan keperibadian yang mulia dan sebagainya.

Mutiara Hadith

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: Rasulullah S.A.W ditanya oleh seseorang : "Amal apakah lebih utama?" Sabda Baginda S.A.W : "Iman kepada Allah dan RasulNya." Kemudian orang itu bertanya:
"Kemudian apa lagi?" Sabda Baginda S.A.W : "Jihad pada jalan Allah." Dan dia bertanya: "Kemudian apa lagi?" Sabda Baginda S.A.W : "Haji yang Ikhlas."
(H.R: Bukhari dan Muslim)

Takut Kepada Allah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Tsa'labah bin Abdurrahman adalah pelayan Rasulullah S.A.W. Suatu ketika dia lalu di hadapan pintu rumah salah seorang Anshar. Ia memandang ke dalam rumah. Tiba-tiba dilihatnya perempuan Anshar sedang mandi di dalam. Dia asyik menatapnya.

Lalu tiba-tiba rasa takut menyelimutinya, takut jika wahyu datang kepada Rasulullah S.A.W menceritakan apa yang dia perbuat. Dia pun berlari dari Madinah kerana malu kepada Rasulullah S.A.W. Dia sampai di suatu gunung antara Makkah dan Madinah.

Rasulullah S.A.W mencarinya selama empat puluh hari.Akhirnya datanglah Malaikat Jibril kepada baginda dan berkata "Tuhanmu mengucapkan salam kepadamu dan memberitahu bahawa orang yang lari dari umatmu berada diantara gunung-gunung ini.Ia memohon perlindunganNya dari nerakaNya"

Maka Rasulullah S.A.W mengutus Umar bin Khattab dan Salman Al-Farsi. "Pergilah kalian mencarinya dan kembalilah kemari bersama Tsa'labah bin Abdurrahman", titah Baginda.

Keduanya pergi ke luar Kota Madinah. Mereka bertemu dengan seorang penggembala bernama Dzufafah."Wahai Dzufafah, tahukah engkau seorang pemuda yang berada di antara gunung-gunung ini?" tanya Umar.

"Barangkali engaku menginginkan orang yang lari dari Neraka Jahanam?" tanya Dzufafah. "Bagaimana engkau tahu bahawa dia lari dari Neraka Jahanam?"

Dzufafafah menjelaskan, " Jika datang tengah malam, dia keluar dari sisi kami menuju bukit sambil meletakkan tangannya di kepala. Dia menangis dan berkata, "Duhai seandainya Engkau(Allah) mencabut rohku diantara berbagai roh, dan jasadku diantara berbagai jasad, maka janganlah Engkau menelanjangiku di hari pengadilan."

"Itu dia yang kami cari," kata Umar. Maka Dzufafah pergi bersama Umar dan Salman untuk mencari Tsa'labah. Ketika malam tiba, Tsa'labah pergi berseru, "Duhai seandainya Engkau mencabut rohku di antara berbagai roh, dan jasadku diantara berbagai jasad..." Umar menghampirinya. Mendengar seorang mendekat, Tsa'labah berkata, "Aman, aman, bila terbebas dari Neraka?".

"Aku Umar bin Khattab," kata Umar. "Apakah Rasulullah S.A.W mengetahui dosaku?", tanya Tsa'labah.

"Aku tidak tahu itu, tapi baginda kelmarin menyebutmu dengan suara lembut lalu mengutuskanku untuk menemuimu", jawab Umar.

"Wahai Umar! Jangan kau pertemukan aku dengan beliau kecuali jika beliau sedang solat atau ketika Bilal mengucap Qad 'Qamatishalah," kata Tsa'labah.

"Baik,"Jawab Umar. Ketika Umar datang ke Madinah, ia membawanya ke masjid sementara Rasulullah S.A.W sedang solat. Demi mendengar bacaan Rasulullah S.A.W, Tsa'labah jatuh pengsan, sementara Umar dan Salman ikut solat. Setelah mengucap salam, Rasulullah S.A.W bertanya, "Hai Umar dan Salman, apa yang dilakukan oleh Tsa'labah bin Abdurrahman?"

"Itulah dia wahai Rasulullah." Kata Umar.

Rasulullah S.A.W pun menghampiri lalu menyadarkannya, kemudaia bertanya, "Apa yang membuatmu tidak mahu menemuiku?"

"Dosaku," jawab Tsa'labah.

"Mahukah aku ajarkan kepadamu ayat yang dapat menghapus dosa dan kesalahan?".Tanya Rasulullah S.A.W.

"Tentu Ya Rasulullah," Jawabnya.

Rasulullah S.A.W berkata, "Ucapkan, Allahumma aatina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah wa qina 'adzhabannar."

"Dosaku lebih besar daripada itu." Kata Tsa'labah. Rasulullah S.A.W mengatakan kepadanya. "Bahkan Kalamullah yang lebih besar," kemudian menyuruhnya pulang ke rumahnaya. Sampai di rumah, dia sakit selama tiga hari. Salman mengadap Rasulullah S.A.W dan melaporkan bahawa Tsa'lah sedang sakit.

"Mari kita mengunjunginya," Kata Rasulullah S.A.W. Rasululullah S.A.W mengahampirinya lalu meletakkan kepala Tsa'labah di pangkuannya, tetapi ia segera menarik kepalanya dari pangkuan Rasulullah S.A.W.

"Mengapa engkau menarik kepalamu dari pangkuanku?"

"Kerana penuh dengan dosa"

"Apa yang kamu dapatkan?" tanya Rasulullah S.A.W

"Alu dapatkan seperti semut-semut yang merayap di sekujur kulit dan tulangku."

"Lalu apa yang kamu inginkan?"

"Ampunan Tuhanku"

Rasulullah S.A.W lalu memberinya pengajaran tentang itu. Dia tiba-tiba memkik dan meninggal. Rasulullah S.A.W pun segera memandikan dan mengafaninya, lalu memikulnya ke liang kubur. Rasulullah S.A.W datang membawa mayat itu dengan berjalan berjingkat.

"Wahai Rasulullah, kami melihat engkau berjalan berjingkat, ada apa?" tanya para sahabat.

"Aku tidak dapat meletakkan kedua kakiku di tanah kerana banyaknya malaikat yang takziah."

Sumber
Mohd Najib Iskandar,2003, Pemuda Dalam Kubah dan 88 Kisah Teladan,Jasmin Enterprise : Kuala Lumpur.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Oleh Izkhair

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Inginku melihat Islam itu terus Syumul, Umatnya terbela dan terbilang. Ingin ku melihat generasiku akan datang terus mengimani Allah dan Rasulnya dengan Iman yang kukuh. Ya Allah, berikanlah kekuatan bagiku untuk meneruskan perjuanganMu dan RasulMu.

Hamba Allah

Izkhair Muhammad