Thursday, December 10, 2009

Jihad Pada Jalan Allah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Jihad merupakan suatu perjuangan dan pengorbanan sama harta, jiwa, tenaga atau pun masa digunakan pada jalan Allah S.W.T untuk kebaikan ummah.

Jihad memerlukan disiplin yang baik dan berkesan kerana disiplin tersebut adalah penentu kejayaan sesuatu perjuangan. Tanpa disiplin yang baik, adalah sukar untuk memperoleh matlamat yang dicita-citakan. Rasulullah S.A.WM mengambil berat disiplin tentera-tenteranya dalam setiap perjuangan. Baginda melatih sahabat-sahabatnya supaya berdisiplin semasa berdakwah. Hal ini penting untuk mencapai keberkesanan dalam berdakwah.

Terdapat beberapa peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap pejuang Islam iaitu beriman kepada Allah S.W.T, patuh pada segala arahan ketua, tidak bertengkar sesama sendiri kerana ia boleh melemahkan pasukan, sabar menghadapi segala kesusahan semasa berjuang, berjuang dengan ikhlas kerana Allah taala, tidak membocorkan rahsia atau strategi pasukan kepad pihak musuh dan mempunyai semangat berani dan tidak gentar berhadapan dengan pihak musuh.

Firman Allah:

"...Taatilah Allah dan RasulNya dan ketua di antara kamu..."
(Surah An-Nisa' : Ayat 59)

Mereka yang berjihad pada jalan Allah akan dikurniaka dengan beberapa kelebihan. Antara kelebihan-kelebihan tersebut termasuklah mendapat nikmat yang tidak terhingga di syurga sekiranya gugur syahid di medan perjuangan, diampunkan segala dosa yang telah lalu di samping ditambahkan keimananya yang teguh kepada Allah, memperoleh ketenangan jiwa dan perasaan serta merasai kebahagiaan sejati, memperoleh kejayaan hidup didunia dan di akhirat dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment