Friday, December 4, 2009

Galakan Berdakwah

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Dakwah ialah menyeru seseorang untuk melakukan kebaikan dan menegahnya daripada melakukan kemungkaran.Nabi Muhammad S.A.W menjalankan tugas berdakwah mengikut arahan dan panduan serta asas-asas yang disampaikan oleh Allah S.W.T

Orang yang keras hatinya boleh dilembutkan sekiranya sesuai dengan cara dan suasananya. Hal ini dapat dilihat daripada sikap Saidina Umar Al-Khattab r.a yang terlalu keras hatinya, tiba-tiba bertukar menjadi lembut dan ingin memeluk Islam setelah mendengar ayat-ayat Al-Quran yang telah dibaca oleh adiknya.

Melalui dakwah yang disampaikan ole Rasulullah S.A.W akhlak masyarakat Jahiliah yang dahulunya ganas telah menjadi mulia. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliah menyembah berbagai-bagai kepercayaan dan menganut pelbagai agama. Keadaan ini telah berubah dan mereka menyembah Allah yang Esa melalui dakwah Rasulullah S.A.W.

Firman Allah S.W.T :

"Serulah manusia pada jalan Allah dengan bijaksana dan memberi pengajaran baik serta berbahas dengan mereka dengan cara baik..."
(AN-Nahl : Ayat 125)

Berdakwah adalah kewajipan setiap umat Islam mengikut kemampuan masing-masing. Dakwah perlu dilakukan dalam masyarakat Islam dengan berbagai tujuan seperti untuk meningkatkan syiar Islam, Supaya masyarakat Islam mengamalkan ajaran Islam dalam seluruh aspek kehidpuan mereka dan untuk menarik orang bukan Islam menganut agama Islam.

Terdapat berbagi cara berdakwah yang boleh dilakukan dalam masyarakat, contohnya memberi ceramah ditempat awam seperti di dewan orang ramai, menerusi Internet sperti blog, web dan sebagainya, mengadakan sesi pengajaran agama di jabatan-jabatan kerajaan atau swasta, menunjukkan keperibadian yang mulia dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment