Saturday, December 5, 2009

Pengertian Ibadat dan Ruang Lingkupnya.

Oleh Izkhair Muhammad

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Ibadat secara ringkas bermaksud menghambakan diri dengan penuh taat dan cinta kepada Allah S..W.T mengikut syariat yang diturunkan seperti yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.


Firman Allah :
"Wahai sekalian manusia sembahlah tuhan kamu (Allah)"
(Al-Baqarah 2:21)

"Katakanlah(Wahai Muhammad), Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (Ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani."
(Al-Imran 3:31)

Ruang lingkup ibadat berkaitan dengan urusan hubungan dengan Allah iaitu ibadat khusus, semua amalan berasaskan syariat Islamiah dan Urusan hubungan dengan manusia dan kehidupannya iaitu ibadat umum.

Syarat utama untuk menjadi hamba Allah ialah Mematuhi segala perkara yang disyariatkan oleh Allah S.W.T dan didakwahkan oleh Rasulullah S.A.W sama ada suruhanNya atau laranganNya atau pun perkara yang dihalalkanNya atau diharamkanNya dengan penuh taat dan mempunyai kesungguhan untuk melaksanakan dan berjihad mempertahankannya.

Syarat utama yang kedua untuk menjadi hamba Allah ialah Rasa cinta kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan dan tidak akan terpedaya kepada selainNya dan sedia berkorban apa sahaja demi kecintaan kepada Allah S.W.T.

Firman Allah :

"Hanya Engkau(Allah) yang kami sembah dan hanya kepada Engkau (Allah) kami meminta pertolongan."
(Al-Fatihah : 5)

Syarat utama amalan menjadi ibadat ialah pertamanya amalan yang dikerjakan di akui oleh Islam sesuai dengan hukum syarak. Kedua, Amalan itu dilakukan dengan niat dan tujuan yang baik. Ketiga, Amalan itu tidak ada campuri oleh perbuatan bertentangan dengan hukum syarak. Keempat, Amalan itu dilakukan dengan cara yang betul dan baik dan Akhir sekali dalam melakukan Amalan duniawi, kewajipan ibadat Khusus tidak diabaikan.

Sumber
Jabatan Agama Islam Johor

No comments:

Post a Comment